NADI Kesejahteraan Kendiri-Raya Tanpa Drama; Tips Bawa Anak Autism Spectrum Disorder (ASD), Ziarah & Cara Kawal ‘Meltdown’
18 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 17 Mac 2026, bermula pukul 10.30 pagi, tiga orang peserta NADI Pekan Machan telah mengikuti Webinar NADI Kesejahteraan Kendiri iaitu “Raya Tanpa Drama; Tips Bawa Anak Autism Spectrum Disorder (ASD), Ziarah & Cara Kawal ‘Meltdown’”.
Antara topik yang dibincangkan semasa webinar ini ialah mengenali apa itu sensori ‘meltdown’, apa puncanya ‘meltdown’ semasa raya dan bagaimana cara mengawal situasi bila anak mula mengamuk.
Webinar ini juga mengajar langkah berjaga-jaga dan memerhatikan reaksi anak-anak dengan teliti. Selain itu, ia juga bertujuan mengajar ibu bapa mewujudkan rutin anti kebimbangan bersama anak-anak yang mempunyai ASD.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: